Search This Blog

Sunday 25 March 2012

Penjualan Hartanah Melalui Agensi

Kebisaan bagi penjual mencari agensi yang berdaftar untuk menjual hartanah, di Kuantan kita ada beberapa agensi yang mempunyai perkhidmatan perunding hartanah seperti Rahim & Co ( Pahang ) Sdn. Bhd, CH William Talhar, Azami & Co, NSA, Ken Auctioning, ANT Realty dan juga Raine & Horne. Disebut adalah sebahagian agen hartanah yang biasa kita lihat di kawasan Kuantan. Perlu makluman penjualan dan pembelian hartanah melalui ajen adalah sah disisi undang2 malaysia yang mewartakan agensi yang terlibat & berdaftar berhak menuntut yuran/fees atas kerja yang telah dilakukan, bagi setiap hartanah terjual mempunyai cukai kerajaan dari fees yang dikenakan iaitu sebanyak 6%.

Proses Penjualan Hartanah :

Penjual/Owner perlulah berjumpa perunding hartanah dan memberi kerjasama dari segi dokumen yang diperlukan. Dokumen yang diperlukan adalah copy geran tanah dan juga pelan bangunan. Ajen yang terlibat akan membuat penilai hartanah bagi kawasan tersebut dan akan memberi pandangan mengenai harga hartanah yang hendak dijual, harga hartanah bergantung pada tempat yang hendak dijual. ada kawasan yang ajen akan menawarkan harga yang tinggi dan ada tempat akan ditawarkan harga yang rendah.

Selepas selesai perbincangan, sekiranya penjual bersetuju untuk melantik ajen tersebut, penjual hendaklah menandatangani satu perjanjian disebut 'appointment to act as an estate agent- to secure a purchaser'. dalam perjanjian akan tercatat mengenai cara pengiklanan/pemasaran, proses pembelian hartanah tersebut, harga hartanah yang hendak dijual, yuran ajen, dan perlantikan penjual kepada ajen secara 'exclusive / ad-hoc'. Penjual perlu menandatangani perjanjian itu dan saksi adalah ajen itu sendiri. Perlantikan ini biasanya mempunyai tempoh perlantikan iaitu 3 bulan - 6 bulan bergantung kepada syarikat itu sendiri.

Dimaklumkan selepas menandatangani perjanjian ajen akan mengiklankan hartanah tersebut, termasuk signboard di hartanah berkenaan. Proses pengiklanan akan memakan masa disebabkan ajen perlu menyebarkan pemberitahuan sehingga ada pembeli yang berminat. Ada beberapa case dimana hartanah terjual dalam masa kurang 1 minggu dan ada juga sehingga 2 tahun.

Sekiranya ajen mempunyai 'potential buyer', ajen akan meminta pembeli tersebut membayar sejumlah deposit kepada agensi sebanyak 3% atau kurang dan akan dikira sebagai 'booking'. Selepas meneliti dokumen pembeli, ajen akan mengeluarkan satu 'letter offer' kepada penjual dan pembeli untuk memberitahu pemakluman harga hartanah yang telah dipersetujui. Dalam 'letter offer' tersebut tercatat, no rujukan hartanah, harga jualan, jumlah loan yang dipinta, dan juga jumlah deposit yang telah dibayar.

Ajen tersebut akan menghantar dokumen yang telah disediakan oleh pembeli kepada beberapa institusi kewangan di Malaysia. proses untuk mendapat kelulusan pinjaman biasanya memakan masa sehingga 2 minggu. Sekiranya pinjaman gagal, deposit pembeli akan dikira hangus, case akan ditutup bagi pembeli tersebut. penjual berhak menerima separuh dari deposit pembeli, ini bertujuan untuk memastikan pembeli yang hendak membeli hartanah hendaklah seorang yang betul2 berminat. Perlu diketahui kerana ramai pembeli kebiasaannya hanya mengambil kesempatan. Dengan cara ini kita dapat menyingkirkan pembeli yang kurang berkualiti.. HARAP MAKLUM!!!!

Sekiranya pinjaman anda berjaya, case akan diteruskan kepada menandatangani perjanjian jual beli di firma guaman yang biasanya adalah panel kepada bank yang telah meluluskan pinjaman. Disini pembeli dikehendaki membayar jumlah selebihnya bagi mencukupkan 10% deposit termasuk deposit yang telah dikeluarkan. Total Fees peguam termasuk stamping biasanya adalah sehingga 5% dari harga hartanah. Selepas pembeli dan penjual menandatangani perjanjian, ajen tersebut akan membuat claim dari deposit yang telah diambil dan akan memulangkan baki kepada penjual. Dimaklumkan, urusan ajen hartanah dan penjual/pembeli akan tamat disini dan segala urusan hartanah tersebut akan disambung oleh peguam telah dipilih.

Diatas adalah proses penjualan hartanah bagi pihak penjual secara kasar, dan apa yang berlaku di atas adalah dari pengalaman saya sebagai Perunding Hartanah. hanya bertujuan untuk perkongsian bersama.

Saya memohon maaf jika ada yang tersilap, segala apa kesalahan adalah dari saya seorang manusia dan apa saja kebaikan datangnya dari ALLAH Yang Maha Berkuasa..

Sekian. ASSALAMUALAIKUM...

1 comment:

  1. Salam, saya nak tanya..saya ada membeli rumah di kawasan perumahan baru di Balok dengan harga RM190,000..Rumah masih dalam pembinaan(anggaran rumah adalah dalam 80% siap…) tetapi saya berminat untuk membeli rumah lain..Bagaimana ye? Bolehkah rumah ni dijual? Dan boleh kah saya menggunakan loan yang sama tanpa saya perlu memohon loan baru?

    ReplyDelete