Search This Blog

Thursday 22 March 2012

NFC (not feedme cooperation)

Dah lama aku nak sentuh bab ni, isu yang sangat hangat sehangat kuali yang tengah hangat.. cer pegang kompem melecur pyela.. Tapi xpela, meh kita discuss sket.

Ape aku nak sentuh mengenai cara pelaksanaan die jea, aku xbijak pun tapi ntah otak jem cam aku ni pun boleh terpikir kan. jom kite........

Kita cube renungkan kalaulah kerajaan sebelum ni dia salurkan kepada pengusaha/penternak2 kecil2an di luar bandar? ada kemungkinan x tanah kita terselamat dari diletgo kepada jahanam luar yang makin monopoli negara kita? mungkin, sebab kerajaan boleh memberi lease tanah2 di luar bandar kepada pengusaha/penternak untuk membantu negara mengatasi masalah daging lembu yang makin mahal. nak makan steak pun pk 14 kali.. tanah terselamat, pembangunan pun ada kat luar bandar. Daripada sini kerajaan dapat menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar, xpayahla kita nak mengkayakan lagi orang yang da kaya, bagi can la  palk kat kite2 yang xbape nak kaya ni.

Kerajaan dah bagi kursus dan seminar untuk peladang dan penternak, jadi kenapela dia xbagi peruntukan (NFC) tu skali? klu nak lagi comel, kerajaan salurkan dalam bentuk barangan permulaan, nak ternak lembu bagi lembu, nak kambing bagi kambing, nak bertani bagi benih, support skali permohonan tanah diorang. tapi bagi pihak pengusaha plak kenala bagi komitment dari segi pembersihan tapak dan penyediaan tapak atas tanah yng korang da luluskan.Lagi efisyen, diorang ni punye project 'dipantau' bukan dipau yea... oleh peraih yang dikawal kerajaan.Ini dapat menaikkan kualiti produk pengusaha mengikut permintaan semasa oleh peraih itu sendiri..

Dalam pandangan mata aku yang rabun, campur plak pemikiran otak berkarat aku ni dapat aku simpulkan, project NFC bersama rakyat luar bandar ni kompem establishla, nak lagi comel hok mane yang beli apartment tu, songlap duit tu dihukum gantung jea.. merugikan negara jea.. sebab dia abes hancur terbengkalai.

Aku bagi contoh mudah kenape jadi isu sangat NFC ni :

Aku bagi duit kat A RM100 untuk beli goreng pisang, si A suh plak si B, dia bagi RM80, si B panggil si C & D suh beli goreng pisang bagi RM30 sorang, last2 si C & D gi mengeteh kat kopitiam. sampaila kat aku goreng pisang singgit (5 ketul).chait, ada ka patut goreng pisang seratus hinggit 5 ketul??
* contoh umum dan mudah di jelaskan, kemane perginye duit yang telah disalurkan.

Tapi kan contoh aku bagi tu akhirnye aku ttp gak dapat goreng pisang cume hasilnye cam tuutttttt sketla kan.

Jadi, dengan apa yang dah berlaku kat dalam negara kita yang tercinta ni, aku berdoa dan memohon kepada Allah supaya kita semua dijauhkan dari segala gegala-gegala yang menghancurkan bangsa kita. Cukuplah dengan apa yang terjadi, dan yang pasti kerugiaan kepada kerajaan semestinya akan memberi impak yang besar kepada kita semua.

baik big bos, tokey, taiko, otai, eksekutif, badan korporat, badan keparat, kerani, mahupun reception ingatlah yea, sebarabg apa yang kita lakukan jika haram tetap haram, jika salah tetap salah. janganlah kita sengaja butakan mata kita, keraskan hati kita, jahit mulut, potong lidah kite hanya utuk keuntungan diri sendiri semata-mata.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum.....


No comments:

Post a Comment