Search This Blog

Sunday 22 April 2012

Proses Jual Beli Hartanah

KAKITANGAN SWASTA

1. 3 % deposit dari harga rumah sebagai komitmen pembeli. 3 % ini termasuk dalam 10% deposit keseluruhan.

2. Agensi akan mengeluarkan surat tawaran pembelian dengan tempoh 30 hari bagi mendapatkan pinjaman.

3. Pinjaman diuruskan oleh Agensi melalui panel bank.

4. Sekiranya kelulusan gagal diperolehi, deposit dikira hangus. Jika LULUS, 7 % baki deposit perlu dijelaskan  bagi membolehkan Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

5. Pemilihan peguam bagi urusan Perjanjian Jual Beli adalah hak pembeli, sekiranya tiada, Agensi akan mencadangkan panel peguam yang sesuai.

6. Kos peguam adalah tanggungan pembeli. Secara anggaran kita boleh mengambil 5 % dari harga jualan sebagai anggaran kos peguam.

7. Bagi geran berstatus PAJAKAN ( leasohold ), tempoh masa bagi urusan pertukaran hak milik adalah anggaran 8 bulan berikutan perlu mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

8. Bagi geran berstatus Hak Milik Kekal ( Freehold ), tempoh masa bagi urusan pertukaran hak milik adalah dalam anggaran 4 bulan.

9. Kebenaran menduduki rumah yang dibeli adalah selepas bayaran penuh diterima sepenuhnya oleh tuan rumah.

10. Sekiranya ingin menduduki rumah tersebut dalam tempoh urusan pertukaran hak milik, satu perjanjian sewa hendaklah di metrai oleh pembeli dan penjual.

Kakitangan Kerajaan :
Ikut Langkah 1,2,5,6,7,8,9,10.

Ihsan ZUL @ Ken Auctioning ( Pahang )